Thursday, June 10, 2010

kenapa? why? limaza?

Kenapa aku susah sangat nak terima kenyataan ini? Kenapa aku susah sangat hendak lupakan dia? banyak usaha yang telah aku lakukan, namun...semuanya seperti mencurahkan air ke daun keladi...

ya Allah, lapangkan lah dadaku, tenangkan lah jiwaku, permudahkan lah urusan hidupku...ku pohon Ya Allah, lupakan lah aku pada dia..aku pohon. Melihat kegembiraan dia bersama teman barunya seperti menusuk pedang ke tangkai jantung... apa yang aku perlu lakukan ya Allah...seandainya dia jodohku, kau kembalikan lah dia...namun sekiranya dia bukan jodohku, lapangkan lah dadaku untuk menerima orang lain dan lupakan lah aku pada dia...

Walaupun kami masih berhubung, namun...semuanya x seindah dulu sekiranya aku sedar siapa aku di matanya...hanyalaah sekadar seorang adik angkat. yang bisa dicari di mana, namun teman sehidup semati, sukar ditemui...menagapa susah untuk aku lepaskan dia pergi?
kenapa?? apa yang ada pada dirinya hingga kan aku menjadi separuh gila? ye memang aku separuh gila! selera ku hilang...tidurku x lena...mandiku semakin lama...tapi, x kan semuanya kerana dia? Ye! hanya kerana dia...saat 3 hari aku mahu menempuh saat getir peperiksaan, aku mendapat khabar dia sudah mempunyai pengganti... hatiku bagai hancur berderai...aku seperti berpijak di dahan yang rapuh...untuk mencari sedikit kekuatan, aku bangun di dinihari, untuk bersujud pada Ilahi..memohon sedikit kekuatan diri, supaya aku dapat menempuh peperiksaan dengan lancar...3 hari peperiksaan...terima kasih ya allah, kerana Kau melupakan aku pada dia waktu ku di dewan peperiksaan...
bersambung selepas ini...

No comments:

Post a Comment